TERKINI: (COVID-19) IPOH BERTUKAR ZON MERAH
IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.
Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.
Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: MBI Keluar Permit Sementara Penjaja
Sementara itu Tanjung Rambutan mencatatkan pertambahan 2 kes semasa sementara Lahat dan Chemor masing-masing kekal 5 dan 4 kes berbanding semalam.
Menurut kenyataan oleh JKN Perak, kesemua jangkitan di Daerah Kinta membabitkan jangkitan tempatan.
“10 kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar di daerah Kinta. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar di Perak adalah 82 kes. Sementara itu satu kes daripada Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) atau kalangan pesakit Influenza (ILI).
“Dicatatkan juga dua kes daripada saringan lain iaitu saringan COVID-10 sebelum ke Sabah. Punca jangkitan masih dalam siasatan dan kesemua kes adalah jangkitan tempatan,” katanya, di sini.
Selain itu infografik yang dikongsikan JKN Perak turut memaklumkan pertambahan 38 kes semasa di Daerah Hilir Perak iaitu Changkat Jong berbanding semalam.
Katanya kesemua kes membabitkan tahanan di Depot Tahanan Imigresen, Langkap itu merupakan daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok.
“Punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok di Perak ialah 121 kes. Selain itu, direkodkan satu kes tahanan sama namun punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak,” jelasnya.
Bagi kes di Kuala Kangsar, JKN Perak memaklumkan pertambahan dua kes itu daripada Kluster Rengas dan ia merupakan jangkitan tempatan.
Tambahnya daripada pertambahan angka tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas di negeri ini adalah 118 kes.
Sumber: Perak Today
BERIKUT ADALAH INFOGRAFIK-INFOGRAFIK SITUASI COVID-19 DI NEGERI PERAK.
Nota: Saringan Lain-lain: Saringan berterusan bagi pengesanan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti
1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 14 November 2020, 12.00 tengahari)
2) Infografik 2
Kes COVID-19 Kes Daftar Semasa (1 November – 14 November 2020)
(dikemaskini sehingga 14 November 2020, 12.00 tengahari)
NOTA: Hanya melibatkan daftar kes sahaja. Tidak termasuk kes discaj/ sembuh dan kes kematian sepanjang tempoh tersebut.
3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 14 November 2020, 12.00 tengahari)
PERINCIAN KES
53 kes baharu dilaporkan pada hari ini ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 15 kes adalah jangkitan tempatan dan 38 kes adalah jangkitan dari luar daerah Hilir Perak.
a) Daerah Hilir Perak (38 kes)
37 kes (tahanan Depot Tahanan Imigresen, Langkap) daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok di Perak ialah 121 kes.
1 kes (tahanan Depot Tahanan Imigresen, Langkap). Punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak.
b) Daerah Kinta (13 kes)
10 kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar di daerah Kinta. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar di Perak ialah 82 kes.
1 kes daripada Severe Acute Respiratory Infection (SARI)/ Influenza Like Illness (ILI). Kes adalah jangkitan tempatan.
2 kes daripada saringan lain (saringan COVID-19 sebelum ke Sabah). Punca jangkitan masih dalam siasatan. Kes adalah jangkitan tempatan.
c) Daerah Kuala Kangsar (2 kes)
2 kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Rengas. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas di Perak ialah 118 kes.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perak
KOMEN TERKINI