KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb September 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2022 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga EN Mohamad Firdaus. Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah.

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk menjalankan sesi audit secara berkala ke atas akaun-akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd serta mencadangkan penambahbaik berkaitan dengan kewangan supaya pretasi kewangan Koperasi ini dapat dipertingkatkan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI Bil 03-2022

Setinggi tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang diadakan ini serta menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh anggota kepada mereka.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa