
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 4hb Julai 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog untuk Perniagaan kepada bakal usahawan dan usahawan di Negeri Perak ini. Untuk makluman semua, ini adalah siri ketiga penganjuran program ini oleh PUBI Perak.
Bengkel yang berimpak tinggi ini telah berlangsung di Bilik Latihan PUBI Perak di Station dan seramai 12 orang peserta telah menyertai bengkel yang sangat bermanfaat ini. Peserta yang menyertai bengkel ini telah mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk membina laman web dan blog menggunakan WordPress untuk perniagaan seperti domain, hosting, editing, plugin dan SEO.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI