
INFO: PERMOHONAN SRSBBT PEMERKASA PLUS – MORATORIUM PEMILIK BAS & TEKSI
Pemilik dan pengusaha bas dan teksi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, mereka boleh membuat permohonan lanjutan moratorium di bawah Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).
Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan PEMERKASA Plus pada 31 Mei yang lalu menyatakan peruntukan RM1 bilion disediakan bagi SRSBBT di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).
Objektif utama SRSBBT adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha bas dan teksi yang layak yang mempunyai tunggakan kemudahan pembiayaan dengan syarikat-syarikat pembiayaan sewa beli dan kredit, dengan memberikan lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan lanjutan tempoh pembayaran bagi penstrukturan semula pembiayaan sewa beli dan kredit, sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan tempoh PKP ke atas perniagaan mereka.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI