
INFO: MyPREMIS MARA – PERMOHONAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA
Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis.
Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara. Semua permohonan penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.
Usahawan Bumiputera yang berminat boleh memohon premis niaga melalui pautan https://premis.mara2u.my/.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI