
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Alhamdulillah, sepanjang bulan Mei 2025, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan wasiat di mana salah wakil-wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menguruskan pendaftaran pelanggan masing-masing yang telah bersetuju untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd.
Sesi pendaftaran dan tandatangan dokumen telah diadakan di beberapa lokasi di Bandar Ipoh dan ada yang dibuat dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.
Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan pengurusan harta pusaka, hibah, wasiat serta pelantikan wasi semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
Baca Lanjut →




KOMEN TERKINI