KUNJUNGAN HORMAT PUBI PERAK KE YAYASAN PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA AGENSI KERAJAAN MAHUPUN SWASTA

Pada 17hb Julai 2019 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Perak untuk bertemu dengan Pengurus Besar Yayasan Perak iaitu Tuan Haji Muhammad Yusoff Bin Abustan serta kakitangan Yayasan Perak bahagian Pembangunan Usahawan.

Baca Lanjut

FB PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 12,000 LIKES

BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU

Hari ini dalam sejarah, FB Page Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mempunyai lebih 12,000 likes dan followers. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Bermula dari 0 likes kira-kira 3 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan.

Insyallah..


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KEPADA YAB BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd mendoakan agar Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dipanjangkan umur serta sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT di dalam menerajui Negeri Perak ke arah kegemilangan.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika ada kata serta khilaf membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak