TERKINI – WHO UMUM COVID-19 SEBAGAI NAMA RASMI BAGI KORONAVIRUS

Koronavirus yang telah menjangkiti lebih 43, 100 orang yang melibatkan 12 negara terjejas telah dinamakan dengan sebagai Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebryeses memaklumkan pada Selasa dalam satu sidang media bahawa, Huruf CO bermaksud Corona, VI untuk virus manakala D pula untuk penyakit.

Virus tersebut pada sebelum ini selalu dirujuk sebagai 2019-nCoV. Terdros berkata bahawa pihak agensi perlu mencari nama-nama yang tidak merujuk kepada mana-mana lokasi geografik, haiwan, individu atau mana-mana pihak.

Seorang Lagi Pesakit Koronavirus Sembuh, Dibenar Keluar Hospital –>

Selesai sahaja nama dirasmikan ianya akan menjadi nama panggilan baharu dan akan digunakan oleh semua orang, lebih-lebih lagi di internet dan media sosial, kerana di sana susah untuk mengubahnya. Sebagai contoh, “selesema babi” dan “Middle East Respiratory Syndrome” (MERS) secara tidak sengaja telah memberi impak negatif dengan merendahkan masyarakat tertentu atau sektor ekonomi, katanya.

Sejak virus tersebut mula dikenal pasti di Wuhan sekitar bulan lalu, virus baharu itu telah tersebar daripada 300 orang pada 21 Januari kepada lebih 43,000 orang dengan jumlah kes baru yang dicatatkan semakin meningkat hari demi hari.

Doktor Yang Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tetapi Dituduh Sebar Berita Palsu Dilaporkan Meninggal Dunia –>

Sesetengah orang di media sosial telah menggunakan nama koronavirus ini sebagai “Wuhan virus” atau “China virus”.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memaklumkan kepada orang ramai mengenai nama rasmi bagi Koronavirus yang kini dikenali sebagai Covid-19.

Sumber: CNBC