KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 31hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sesi Temuduga Kerjaya sebagai Eksekutif Pemasaran Produk di bawah KOPUBI Perak Bhd di Pejabat Urusan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.

Untuk makluman semua, ini adalah projek pilot KOPUBI di dalam usaha melahirkan kaum Bumiputera yang berjiwa usahawan dan di dalam masa yang sama dapat bekerjasama membantu gerakan koperasi di negara berkembang dengan maju dan berjaya serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi di Negeri Perak secara khususnya.

Alhamdulillah, beberapa calon telah dikenal pasti dan akan dihubungi untuk sesi latihan dan seterusnya akan berkhidmat kepada KOPUBI sehinggalah berjaya kelak.

Projek pilot ini adalah dengan kerjasama KOPUBI dengan syarikat pengeluar Produk Bidara terkenal di Bandaraya Ipoh ini iaitu Wira Wahyu Enterprise.

Mengetuai sesi temuduga ini adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman dan turut bersama adalah Pengasas kepada Produk Bidara Wira Wahyu, En Shahrul Izam dan Projek Manager beliau, En Zulkefle Asmawi.

Sama-sama kita mendoakan projek KOPUBI Perak Bhd ini berjaya dan sukses serta bakal menjadi model di samping menjadi contoh kepada gerakan koperasi yang lain di bandaraya Ipoh ini.

Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Insyallah..

Ingin tambah pendapatan –>

Sesi temuduga telah diketuai oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI

KOPUBI Perak Bhd juga masih menawarkan Kerjaya sebagai Eksekutif Pemasaran Produk KOPUBI ini dan sesesiapa yang ingin memohon bolehlah mengisi borang permohonan secara online melalui link ini –>

KELEBIHAN EKSEKUTIF PEMASARAN PRODUK KOPUBI;

1) Pendapatan Bulanan Sehingga RM1,500 sebulan
2) Waktu kerja dari 9pagi – 5ptg (Isnin – Jumaat)
3) Latihan akan diberikan secara konsisten, tugasan dan pemantauan juga akan dibuat secara profesional serta sistematik.

SYARAT- SYARAT LANTIKAN;

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 18 tahun – 30 tahun sahaja
3) Terbuka kepada bumiputera sahaja
4) Min SPM (tiada pengalaman pun tak mengapa)
5) Mempunyai sifat ingin belajar dan sedia menerima teguran
6) Jujur, amanah dan rajin solat
7) Boleh mengikut arahan dan berdisplin tinggi.
😎 Berdaya saing dan berjiwa usahawan serta semangat ingin BERJAYA DALAM HIDUP!

HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT: 05-322 3924 atau 011-6568 3924.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD
NO.57B, SUSURAN STATION 18,
STATION 18 PASIR PUTEH,
31650 IPOH,
PERAK DADUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi

Sila klik untuk pertanyaan –>