KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Jun 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Persefahaman di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat J-Wan Elektrik Sdn Bhd.
Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang menjalankan kerja-kerja elektrikal dan pembekalan bagi agensi-agensi kerajaan terutamanya di Negeri Perak ini.
Melalui perjanjian usahasama ini, pihak KOPUBI akan menyediakan dana dalam bentuk modal pusingan bagi tender-tender ataupun kontrak kerajaan yang terpilih serta mendatangkan keuntungan yang setara.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perbincangan Bersama Pengarah Urusan Syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd
Insyallah dengan usahasama ini pihak Kopubi akan menjalankan projek-projek usahasama melibatkan tender-tender kerajaan dan sebagainya.
Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd bagi menandatangani perjanjian ini adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman manakala mewakili pihak J-Wan Elektrik Sdn Bhd pula adalah pengarah urusan iaitu Safuan Othman.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
En. Sharul Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI