KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Jun 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput untuk ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak bagi menandatangani Perjanjian Tabung Modal Pusingan (TMP) yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada koperasi-koperasi terpilih di Negeri Perak.

Syukur kepada yang Maha Esa kerana Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad telah terpilih untuk menerima dana ini bagi tujuan meningkatkan keupayaan koperasi di dalam usaha menjalankan aktiviti ekonomi yang mampu memberi pulangan yang tinggi dan menguntungkan.

Mewakili pihak koperasi bagi menandatangan perjanjian ini adalah Pengerusi En Sharul Rahman, Setiausaha Koperasi, Saudara Mohamad Jamean dan Bendahari Koperasi Pn Samsiah Abdullah @ Ahmad, manakala mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula adalah pegawai daripada Ibupejabat Kuala Lumpur serta Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Tabung Usahawan 2020 Kopubi Perak Bhd

Turut menyaksikan majlis ringkas ini adalah Pegawai SKM Wilayah En Wan dan Pengarah SKM Negeri Perak En Azam.

Semoga dengan ini akan menjadi pemangkin kepada KOPUBI untuk terus maju dan berjaya di dalam sektor koperasi di negara kita ini serta diucapkan jutaan terima kasih kepada SKM Negeri Perak kerana memberi peluang ini.

Doakan yang terbaik supaya kami dapat membawa KOPUBI ke peringkat yang lebih tinggi.

Insyallah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..”

Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi
Pemangku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.