SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DARUSSALAM IPOH, PERAK.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd dengan kerjasama AEON Mall Ipoh Klebang akan mengadakan sebuah majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Raya Penuh Makna kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak dan meraikan seramai 37 orang anak-anak yatim di rumah kebajikan ini yang terletak di alamat No 70 Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 29hb April 2022 ini jam 3.00 petang bertempat di AEON Mall Ipoh Klebang di mana penghuni rumah kebajikan ini akan diraikan serta menerima sumbangan duit raya dan keperluan asas yang lain hasil daripada kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

Jesteru itu, kami ingin menyeru orang ramai termasuk para usahawan di Bandar Ipoh terutamanya dan sekitar negeri Perak tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi pelaksanaan program ini.

Sumbangan anda semua sangatlah diperlukan untuk merealisasikan program yang dirancang ini dan hasil sumbangan anda tersebut akan disalurkan untuk keperluan pelaksanaan program serta menampung kos-kos berikut, iaitu;

  1. Menampung Kos Perbelanjaan Pengurusan Petubuhan serta fasiliti Rumah Kebajikan disamping meringankan beban.
  2. Menampung Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas (tuisyen) tambahan setiap hari.
  3. Menampung Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta perbelanjaan persekolahan.

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak ini disamping meraikan serta menggembirakan anak-anak yatim serta miskin di bulan yang sangat mulia ini.

Poster Rasmi Program untuk edaran kepada Ahli dan Anggota Kumpulan PUBI

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Riwayat Ahmad)

Insyallah..

Sumbangan derma wang tunai boleh dibuat ke akaun :

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK
5582 7500 8858 (Maybank)

Atau klik link untuk terus menyumbang derma melalui online banking —> https://toyyibpay.com/Sumbangan-Raya-Penuh-Makna

Tarikh akhir sumbangan adalah pada : 27hb April 2022

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: +60 17-536 9624 (Pn Nory) atau klik link whatsapp berikut —> www.wasap.my/60175369624/Sumbangan+Tabung+Raya+Penuh+Makna

PROGRAM INI ADALAH ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK DENGAN KERJASAMA AEON MALL IPOH KLEBANG.

Dikongsikan video aktiviti amal bersama anak-anak Yatim anjuran Kumpulan PUBI pada tahun lepas.

#PUBIPerak #KOPUBIPerakBhd #KumpulanPUBI #NGOusahawan #KoperasiUsahawan #ProgramAmal