PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 13hb April 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri Sesi Penyerahan Surat Tawaran Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Persiapan Acara Raya Penuh Makna Aeon Mall Ipoh Klebang

Sesi penyerahan surat tawaran ini telah berlangsung di Bilik Media, Tingkat 1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Persint 4 Putrajaya.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi penyerahan ini adalah Tuan Pengerusi iaitu En. Sharul Rahman dan Naib Pengerusi merangkap Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Haizul Fakarudin serta diiringi oleh Bendahari Kehormat Persatuan Saudara Mohamad Nafis.

Pada majlis tersebut, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima surat tawaran bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 bersama dengan 32 buah persatuan lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara.

Tetamu kehormat bagi sesi penyerahan tersebut adalah Datuk Azhar Bin Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dato’ Muhamad Bin Musa selaku Setiausaha Bahagian (Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Rahman telah diiringi dengan hormatnya telah naik ke pentas bagi menerima surat tawaran tersebut daripada Datuk Azhar Bin Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan telah disaksikan oleh wakil-wakil persatuan yang lain.

Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi menerima tawaran perlaksanaan program yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2022 ini di peringkat nasional.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu..

Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak