PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini, Pada 6hb Mac 2023 yang lalu, PUBI Perak telah mengadakan kunjung hormat ke Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam yang bertempat di Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM IN: Operasi Menggantung Banner Bazar Ramadan 2023
Mewakili PUBI Perak adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak serta diiringi oleh En Mohammad Nafis selaku Penolong Ketua Biro Kebajikan merangkap juga Bendahari PUBI Perak dan turut hadir adalah Pn Zuraida selaku Pen Setiausaha PUBI Perak.
Alhamdulillah, kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh Pn Rohaniah selaku Bendahari Perrtubuhan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pertubuhan ini iaitu En. Safwan dan seterusnya memperkenalkan latar belakang Rumah Kebajikan ini.
Untuk makluman, lebih 30 orang anak yatim telah menghuni rumah kebajikan ini dan mereka terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur di antara 5 hingga 17 tahun.
PUBI Perak dalam rangka kerjanya di bawah Program Kabajikan Kasih sedang merancang untuk mengadakan satu program berbentuk Majlis Berbuka Puasa dan meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan duit raya pada tahun ini.
PUBI Perak melalui tabung kasih yang dilancarkan akan menaja ke semua anak yatim dan miskin ini termasuk pihak pengurus pada majlis berbuka puasa ini dan dijangka akan dibuat pada bulan April 2023 ini nanti.
Hasil perbincangan dengan Pn Rohaniah, secara dasarnya pihak pengurusan rumah kebajikan ini tiada halangan serta menyambut baik hasrat PUBI Perak ini dan berharap kerjasama yang erat dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada anak-anak yatim yang menetap di Rumah Kebajikan ini.
Dalam pada itu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik di samping meneruskan usaha-usaha murni bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Insyallah, semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #PUBIPrihatin #ProgramAmal #ProgramKebajikan
KOMEN TERKINI