KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb April 2023 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menyantuni para staf Kumpulan PUBI dengan menyerahkan sumbangan hamper berserta duit raya kepada meraka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sumbangan tersebut telah diadakan di dua lokasi berbeza di mana Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En Sharul Rahman telah menyantuni 5 orang staf KOPUBI Perak Bhd di Kantin SMK Bercham yang dikelolakan oleh KOPUBI Perak Bhd di Bandar Bercham Ipoh, Perak.

Tinggal ketinggal pada hari yang sama, Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak telah turut hadir bagi mengiringi En. Sharul Rahman menyampaikan sumbangan kepada staf yang turut hadir.

Sehari sebelum itu iaitu pada 17hb April 2023 pula telah berlangsung Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Darussalam di Rumah dan En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI yang diiringi oleh En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah menyantuni seorang staf Kumpulan PUBI serta seroang Pelajar Latihan Industri dari Universiti Sultan Azlan Shah iaitu Saudara Hery dengan pemberiansumbangan Hari Raya Aidilfitri yang sama seperti di atas.

Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya Kumpulan PUBI masih dapat menjaga kebajikan staf yang berdedikasi di dalam menjalan tugas serta menyantuni mereka pada bulan yang sangat mulia ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia