PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 03hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Exco dan Agensi wakeUP, Usahawan dan NGO Usahawan peringkat Negeri Perak 2023 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti Setempat
Menghadiri mesyuarat ini mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi persatuan dan Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak.
Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan penyelarasan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Exco dan Agensi wakeUP, Usahawan dan NGO Usahawan peringkat Negeri Perak 2023 telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pn. Salbiah Mohamed selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.
Turut hadir adalah Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) En Mohamad Rozlan Mohamad Razalli.
Tidak ketinggalan hadir pada mesyuarat ini adalah Ketua-ketua agensi dan pengarah agensi keusahawanan di Negeri Perak seperti MARA, TEKUN, PUNB, SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia, Yayasan Perak, MARA dan lain-lain lagi.
Turut hadir juga adalah Pengerusi-pengerusi dan AJK NGO Keusahawanan seperti Persatuan Tunas Usahawan Perak (PETA), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM), Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, PERDASAMA Negeri Perak dan lain lain lagi.
Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan dirancang serta tarikh bagi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Exco dan Agensi wakeUP, Usahawan dan NGO Usahawan peringkat Negeri Perak 2023 telah ditetapkan dan dipersetujui iaitu pada 10hb Mei 2022 yang akan datang ini.
PUBI Perak melalui Pengerusinya iaitu En Sharul Rahman pada mesyuarat ini telah menyatakan pendirian serta sokongan padu bagi menjayakan majlis yang bakal diadakan ini serta akan menyumbang tajaan mengikut kemampuan persatuan.
Semoga dengan berjayanya majlis yang dirancang ini akan mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan pengurusan Agensi keusahawanan, kepimpinan NGO keusahawanan dan usahawan-usahawan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI