KISAH KEJAYAAN MAK NEELOFA, NOOR KARTINI NOOR MOHAMED

Sebut sahaja nama seorang usahawan ini, Datin Noor Kartini, pasti kita semua sudah mengenali dengan ibu pelakon, pengacara dan juga usahawan terkenal iaitu Neelofa. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan Young & Glow Foundation serta pemilik bersama Naelofar Hijab yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. 

Pada artikel kali ini, jom kami kongsikan kisah kejayaan Mak Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed. Pasti anda begitu teruja nak tahu apakah perniagaan yang diusahakannya dan perjalanan kisah perniagaannya.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pernah Tidur Dalam Kereta, Kini Usahawan Berjaya

KISAH KEJAYAAN DATIN NOOR KARTINI

  1.  Berjaya Dalam Mengasaskan Produk Kecantikan Sendiri

Beliau yang sangat mesra dengan panggilan Datin Kartini atau Datin Tini ini berjaya membawa namanya dalam bidang produk kecantikan wanita. Jenamanya adalah Young & Glow Foundation yang telah dikenali di seluruh Malaysia. 

Produk beliau yang hanya bermula dengan foundation, kini telah menghasilkan produk lain seperti lip matte, lipstick dan lip remover. Pada Oktober 2019 yang lalu, produk kecantikan Young & Glow Foundation ini telah mencapai jualan RM1 juta yang pertama.

  1.  Membantu Neelofa Membina Jenama Naelofar Hijab

‘Pengorbanan kasih seorang ibu sehingga ke syurga’, begitulah ungkapan yang dapat kita gambarkan kepada Datin Noor Kartini dalam membantu Neelofa dalam menguruskan perniagaan Naelofar Hijab. Selain itu, beliau juga merupakan pemilik bersama Naelofar Hijab yang kini sudah mempunyai 400 stokis di dalam dan luar negara.

  1. Tidak Penat Dalam Mendidik Anak-Anaknya

Seperti yang kita ketahui, anak-anak Datin Noor Kartini boleh dikatakan semuanya bergelar artis dan usahawan terkenal termasuklah Neelofa, Noor Nabila serta Ameera Khan. 

Boleh dikatakan beliau sering menyokong dan juga menjadi pengkritik dalam segala aspek yang dilakukan oleh anak-anaknya. Beliau juga tidak memilih kasih dengan anak-anaknya dan mendidik mereka semua agar berdisiplin.

  1. Pemilik Bersama Produk Kesihatan BellaVita

Datin Noor Kartini juga merupakan pemilik bersama produk kesihatan BellaVita serta menjadi Pengarah Eksekutif dalam perniagaan produk tersebut. Jika anda masih ingat, produk ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Neelofa bersama Datin Noor Kartini di program Wanita Hari Ini (WHI), TV3.

Kesimpulannya, kunci kejayaan Datin Noor Kartini adalah disebabkan oleh sikapnya yang penyayang, berdisiplin serta sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, beliau juga sering bersikap positif dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah. Oleh itu, sifat yang ditonjolkan oleh mak Neelofa ini patut dijadikan contoh oleh kita semua untuk berjaya.

Sumber: Majalah Labur

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD