KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 2hb November 2024 yang lalu telah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) salah sebuah sebuah agensi milik penuh kerajaan negeri Perak di bawah portfolio EXCO Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India negeri Perak.

Program yang dianjurkan itu adalah Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Kinta yang telah berlangsung bertempat di Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh Perak.

Pada program ini KOPUBI Perak Bhd telah diberi peluang untuk membuka sebuah Booth bagi mempromosi Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd dan juga peluang kerjaya sebagai Wakil Pemasaran, Pengurus Pemasaran dan Pengurus Kumpulan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Taklimat Ringkas Di Masjid Umar Al Khattab Simpang Pulai

Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd telah diiktiraf sebagai salah sebuah Majikan yang menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat di Negeri Perak di samping KOPUBI Perak Bhd juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan juga Penulisan Wasiat.

Majlis Perasmian Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Kinta ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

YB Dato’ juga telah meluangkan masa untuk singgah ke Booth KOPUBI Perak Bhd dan sempat beramah mesra bersama Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman dan juga wakil pemasaran yang turut serta menjayakan booth ini.

Untuk makluman semua pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

Pada program ini KOPUBI Perak Bhd telah diberi peluang untuk membuka sebuah Booth bagi mempromosi Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd dan juga peluang kerjaya sebagai Wakil Pemasaran, Pengurus Pemasaran dan Pengurus Kumpulan.

Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia