KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 05hb Ogos 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan sesi temuduga terbuka bagi mendapatkan seorang Staf bahagian Pembantu Khidmat Pelanggan di Pejabat Pekhidmatan Penghantaran Ekspress yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Seperti yang semua sedia maklum bahawa KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan perniagaan perkhidmatan ekspress dengan menggunakan jenama J&T Express Malaysia dan perniagaan tersebut beroperasi di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak.

Sebelum itu, sebuah iklan jawatan kosong Pembantu Khidmat Pelanggan KOPUBI telah dihebahkan melalui media sosial serta telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan hampir 20 orang calon telah hadir pada sesi temuduga terbuka yang telah dijalankan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Tandatangan Perjanjian Usahasama Strategik Bersama ImpacTV

Sehubungan dengan itu, Pihak Ahli Lembaga Koperasi telah menjalankan sesi temuduga yang dikendalikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan Pn. Shams merangkap Bendahari Koperasi.

Setelah selesai proses temuduga tersebut maka Ahli Lembaga telah memutuskan seorang staf dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Khidmat Pelanggan J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd ini.

Pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Haziq Imran kerana telah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI di Bandar Seri Iskandar Perak.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd turut terlibat sebagai ahli panel penemuduga bagi jawatan Pembantu Khidmat Pelanggan di PCP J&T Express PRK413 yang beroperasi di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak.

Semoga dengan pelantikan ini maka akan memberi impak yang besar kepada operasi dan pengurusan Pekhidmatan Penghantaran Ekspress yang dimiliki oleh pihak koperasi ini.

Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang serta berbakti kepada masyarakat setempat disamping memberi perkhidmatan yang terbaik mereka.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Sudah pasti usaha ini akan menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan seterusnya KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia