PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 29hb Januari 2024 yang lalu, telah berlangsung sebuah program anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertempat di di Tingkat Valley, Meru, Ipoh.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB
Program tersebut adalah Sesi Sembang Santai NGO-NGO Usahawan Negeri Perak bersama YB Dato’ Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Menghadiri sesi ini mewakili PUBI Perak adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi dan juga Timbalan Pengerusi En Mohamad Farhan serta seorang Ahli Jawatankuasa iaitu En Khairul Akmal.
Pada sesi ini, YB Dato’ Salbiah Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak telah beramah mesra dengan wakil-wakil NGO dan turut menerima imput-input berguna bagi pembangunan sektor keusahawanan di Negeri Perak ini.
Hadir bersama Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), ketua jabatan dan wakil agensi usahawan negeri dan persekutuan seperti Perak SADC, Jabatan Pertanian, Yayasan Perak, MARA, FAMA, SKM dan lain-lain.
Untuk makluman semua, Seramai 90 wakil dari hampir 20 NGO usahawan yang mewakili hampir 20,000 usahawan telah hadir ke program santai ini.
Pelbagai idea, cadangan, soalan dan pandangan telah diajukan bagi membolehkan kerajaan negeri melalui Pejabat YB Exco dan STeP merangka program yang boleh membantu meningkatkan keupayaan lebih ramai usahawan Perak pelbagai industri dan kategori pada tahun 2024, selain memperbaiki lagi program-program pembangunan usahawan sedia ada.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI