Mendiang Pang Chin Hin ketika zaman muda. Gambar dikongsi oleh keluarganya.

PENGASAS MAMEE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN

KUALA LUMPUR 7 Sept – Pengasas Mamee-Double Decker Sdn Bhd, Pang Chin Hin meninggal dunia pagi Sabtu lalu pada usia 96 tahun.

Mendiang asalnya menubuhkan Pacific Food Sdn Bhd pada 1971, sebelum menukarnya kepada Mamee yang kini merupakan satu jenama makanan yang paling dikenali di negara ini.

Melalui kepimpinannya yang berwawasan dan sokongan daripada ahli keluarga, seperti anak lelakinya Shi Zhou dan Shi Nan, serta cucu-cucunya, Mamee telah berkembang menjadi jenama global.

Pang menukar nama syarikat itu kepada Mamee apabila ia disenaraikan pada tahun 1992.

Mamee-Double Decker kini mempunyai lebih daripada 50 item pada menunya. la termasuk mi segera pelbagai perisa, mi snek, biskut, swiss roll dan minuman ringan. Jenama seperti Mamee Chef, Mister Potato dan Monster telah menjadi nama terkenal.

Jenama seperti Mamee Chef, Mister Potato dan Monster telah menjadi nama terkenal.

Pang juga bermurah hati memberi sumbangan, dengan tumpuan kepada keperluan pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Pang Chin Hin

Keluarganya memberi jaminan bahawa semangat amalnya akan terus hidup dengan ikrar untuk menderma semua wang yang dikumpul daripada orang-orang yang berkenan di majlis pengebumian mendiang esok (8 November 2022).

Dana yang dikutip itu akan disalur ke Sekolah Menengah Melaka Pay Fong, Sekolah Rendah Melaka _Malim dan biasiswa Pendidikan Persatuan Hainan Melaka. – DagangNews.com

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply