
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini Pada 26hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak melalui JK Pembangunan Usahawan telah mengadakan sebuah seminar yang sangat bermanfaat untuk bakal usahawan dan usahawan di semua peringkat iaitu Seminar Bijak Urus Wang Bisnes.
Objektif utama seminar yang dianjurkan ini adalah bersempena menyahut kempen yang dijalankan kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara, iaitu Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019/2023 iaitu menyediakan pengetahuan yang lengkap kepada rakyat tentang pengurusan kewangan yang berhemah.
Justeru itu PUBI Perak terpanggil untuk mengadakan Seminar Bijak Urus Wang Bisnes ini, bagi melengkapkan ilmu kewangan kepada masyarakat usahawan agar Pengurusan Kewangan Perniagaan para usahawan dan bakal usahawan dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama memberikan kesedaran kewangan kepada golongan ini.
Antara Agensi yang akan terlibat adalah Safina Wealth Advisory’s, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan juga Yayasan Perak.
TM Unifi selaku penaja bersama seminar ini juga akan turut serta dengan segmen #KhabarBaik.
Pembukaan majlis ini telah dimulakan oleh Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya pula telah dihadiri oeh Pegawai Khas Kanan YAB Menteri Besar Perak iaitu En Mubin Salleh dan Pegawai Khas YB Dr. Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng iaitu Pn June.
Seminar ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Tuan Abu Naufal
Ketua JK Kembara dan Rekreasi PUBI Perak
KOMEN TERKINI