KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENGORAK LANGKAH DENGAN PENGANJURAN SEBUAH SESI TAKLIMAT KERJAYA KEPADA ORANG RAMAI DI BANDARAYA IPOH

Alhamdulillah, pada 25hb Ogos 2019 yang lalu telah berlangsung Majlis Taklimat Kerjaya Koperasi serta sesi temuduga yang dianjurkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Sesi Taklimat Kerjaya ini dijalankan bagi menerangkan peluang pekerjaan mahupun jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahanan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.


POSTER RASMI TAKLIMAT KERJAYA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

Antara objektif utama Taklimat Kerjaya yang bakal dijalankan ini adalah;

1. Menyampaikan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Pihak Koperasi kepada masyarakat umum.

2. Menyedarkan umum tentang kepentingan koperasi dan peranan koperasi di dalam meningkatkan ekonomi individu dan keluarga.

3. Memberi maklumat tentang sebuah program pemasaran keanggotaan dan saham koperasi yang memberi impak besar kepada peningkatan ekonomi Negara.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh pihak koperasi adalah Eksekutif Pemasaran Koperasi dan juga Pengurus Pemasaran Koperasi.

Kedua-dua kerjaya ini menawarkan peluang penambahan pendapatan yang lumayan serta melahirkan generasi yang berjaya pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir pada sesi taklimat tersebut..

Insyallah..