SUDAH PASTI, SEBAGAI USAHAWAN KITA SENTIASA MENGINGINKAN KEJAYAAN DIDALAM PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN YANG DIUSAHAKAN KITA SELAMA INI.

Adakah kita pasti, apa yang kita lakukan selama ini adalah yang terbaik? Dan usaha yang telah dilaksanakan kita selama ini telah menepati ciri-ciri Usahawan Berjaya?

Pernahkah terlintas di fikiran, bahawa “macam-macam dah dilakukan, tapi bisnes masih macam tu aje… suam-suam kuku…”. Inilah delima segelintir usahawan kita, yang sentiasa mengeluh dan menyalahkan orang-orang dan faktor sekeliling yang membuatkan bisnesnya ‘tidak rancak’ dan tiada sokongan (perasan diri).

Disini ingin kami kongsikan tips-tips untuk berjaya didalam lapangan perniagaan tidak kira bisnes kecil atau saiz sederhana. Tidak kira bisnes penjaja kecil, pembuatan produk atau perkhidmatan, jika diikuti tatacara tips yang betul dan benar, inshaAllah akan dipermudahkan Allah SWT.

  • Jaga Hubungan Dengan Allah

Kita sentiasa berusaha keras didalam menguruskan perniagaan kita setiap hari. Waktu dan masa sangat mencemburui kita dan sentiasa menjadi sangat singkat didalam sibuk kita menguruskan bisnes. Kadang-kadang, masa menjadi alasan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah.

Untuk berjaya, hentikan lah alasan faktor MASA, PENAT, LUPA untuk dijadikan alasan kepada kita lalai atau bertangguh menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah.

Pertama SOLAT : Jagalah Solat, sesibuk mana pun kita JANGAN lalai dan bertangguh solat. Kerana solatlah waktu terbaik untuk kita berbicara dengan Allah. Tutup atau hentikan lah sementara perniagaan bila tiba waktu Solat, sebagai tanda hormat kita kepada Allah.

Kedua ZAKAT : Zakat adalah rukun yang wajib kita keluarkan jika cukup nisab dan haul. Zakat adalah perintah Allah untuk kita wajib patuh dan kita keluarkan, sebagai tanda Syukur kita atas nikmat rezeki yang telah Allah kurniakan. Apabila cukup tempoh (1 Tahun Perniagaan), jangan bertangguh lagi untuk mengeluarkan ZAKAT. Carilah amil-amil untuk kira dan tunaikan tanggungjawab tersebut.

Ketiga PUASA : Ada segelintir dikalangan kita, yang meremehkan tuntutan puasa (wajib) apatah lagi puasa sunat. Puasalah, kerana ianya sebagai tanda kita beringat kepada mereka yang susah kehidupan dan rezekinya.

Keempat HAJI : Tunailah Haji jika cukup simpanan anda. Mesti mulakan simpanan dan berniat untuk menunaikan Haji. Ramai dikalangan usahawan, masih belum memulakan simpanan haji atas faktor sibuk dan tiada masa ataupun masih belum mampu. Mulakan sedikit dan konsisten, dan niat untuk menunaikannya. Apabila cukup, jangan bertangguh. Jika belum sampai giliran, boleh rujuk pakej-pakej haji swasta. Yang penting adalah persediaan.

  • Adab Berniaga

Kebanyakan Usahawan jarang menjaga adab berniaga. Perkara yang paling nyata adalah soal akad jual beli dan sentiasa memandang remeh perkara ini. Sangat jarang usahawan mengungkap Akad Jual kepada pembeli. Jadikan lah Akad jual beli suatu perkara wajib didalam urusniaga anda. Latih lah pekerja-pekerja kita untuk sentiasa mengungkap kan Akad Jual ini sewaktu berurusniaga.

  • Yakin Dengan Ketentuan Rezeki

Dalam menjalankan perniagaan, sentiasa ada waktu pasang dan ada waktu surut. Keyakinan kita kepada rezeki ini penting sebagai seorang usahawan muslim. Tanda iman seseorang muslim diukur sejauh mana keyakinannya kepada Qada & Qadar Allah. Mustahil lah tidak timbul perasaan ‘down’ dan mengeluh didalam diri kita, setelah bersusah payah menyediakan persiapan perniagaan, apabila keluar berjual, hasil dan sambutan kurang pada hari tersebut. Boleh mengeluh, TAPI jangan lama-lama. Cepat-cepat muhasabah. Mungkin rezeki hari itu (terutama produk makanan) boleh lah kita sedekahkan kepada yang memerlukan. Mungkin hariitu, Allah nak kita buat kebajikan. Sebab dah lama kita tak buat kebajikan.

  • Jaga Hubungan Keluarga

Didalam sibuk kita berniaga, kadang-kadang kita terlupa kepada anak dan isteri dirumah. Amat jarang sekali kita bersolat bersama isteri dan anak-anak atau amat jarang sekali kita bersama ibubapa kita dan adik beradik. Jangan abaikan perkara ini, kerana tanggungjawab kepada keluarga perlu kita jaga. Hubungan dengan anak, isteri, ibubapa dan saudara mara perlu selalu didahulukan, kerana bukan Redho Allah sahaja yang kita perlukan, Redho keluarga juga penting untuk memastikan KEJAYAAN MILIK KITA… Aaminnn

Nukilan : Arjuna Beta