RASA SUSAH NAK MENYIMPAN? IKUTI TIPS HEBAT INI
Orang kata bila bergaji kecil, nak tunggu gaji besar dulu baru nak mula menyimpan. 2-3 tahun lepas tu, gaji dah naik sekali ganda, ada pula alasan lain untuk tidak menyimpan.
Kalau macam inilah gayanya, memang takkan dapat simpan sampai bila-bila punyalah. Biasa dengar pepatah ada menyebut, “Besar periuk, besarlah keraknya”?
Bila gaji besar, perbelanjaan pun ikut naik sama dengan gaji. Kalau takde tabiat menyimpan, memang kosonglah tabung simpanan sampai ke tua.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan Status Bkm & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia
Nak harap duit KWSP untuk bersara? Secara ringkasnya:
- 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
- Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
- Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
- 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
Jom kita ikuti perkongsian daripada Nur Aliah Mohd Nor, seorang anak muda yang menjadi ikutan ramai.
KALAU TAK MENABUNG DARI DULU, MUNGKIN TAK DAPAT RM11,700 SEKARANG NI.
Lia nak kongsikan kepada anda, tips yang sangat best dan mudah je nak buat, dengan izin Allah anda mampu hasilkan duit simpanan lebih dari RM10,000 dalam masa setahun.
1. Ada niat yang betul, fokus dan konsisten menabung setiap masa demi mencapai matlamat yang diinginkan.
2. Sediakan balang saiz besar, boleh hias cantik-cantik aslong balang tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan duit selalu. Contoh letak gambar travel, rumah atau gambar kaabah.
3. Jumpa duit RM20 dan RM5 asingkan terus ke tepi. Tutup mata setiap kali nampak dua warna ini, kuning dan hijau.
4. Kalau terguna anda wajib untuk menggantikan semula duit itu dengan 2 kali ganda supaya rasa takut nak guna lagi dan dapat ajar diri untuk disiplin.
5. Letakkan target berapa lama nak menabung, yang terbaik adalah set kan terus tabung untuk 1 tahun sebab akan dapat hasil yang sangat memuaskan.
6. Oh ya. Kenapa kena pilih warna kuning dan hijau? Warna kuning ni warna kekayaan, kesenangan dan keceriaan. Manakala warna hijau ni warna ketenangan dan kebahagiaan.
7. Nak tahu, bila anda ada sifat suka menyimpan duit RM20 dan RM5 ni, akan selalu berlaku situasi begini, contoh makcik jual karipap asalnya nak bagi baki rm4.00, sebab tak ada duit kecil dia akan cakap “ambil la rm5 ni takpe makcik halalkan”. Bestkan.
8. Menabung ni anda perlu istiqamah setiap hari, bukan menabung sebulan RM100 sekali. Buat je hari-hari nanti akan timbul sifat suka sangat nak menabung.
9. Setiap awal bulan, kira dalam tabung tu ada berapa jumlah duit yang terkumpul. Dari jumlah tu, asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.
10. Selain zakat, asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Nak bagi lebih tak apa, cuma syaratnya minima 10% untuk sedekah.
11. Lagi 30% ni penting, wajib bagi reward atau hadiah pada diri sendiri. Sebab bila kita reward diri kita, semakin bertambah self-motivation kita untuk rajin menabung ni.
12. Balance duit tu, anda simpan dalam balang tadi tu. Nasihat dari Lia sendiri, Lia galakkan anda tukar duit itu menjadi EMAS 999.9 (Emas Goldbar) bukan lagi dah dalam bentuk wang ringgit.
13. Lia bagi contoh yang sangat mudah, katakan setiap bulan duit yang terkumpul berjaya mendapat RM1,000. Untuk zakat asingkan duit RM25 (2.5%), untuk sedekah asingkan duit RM100 (10%) dan untuk reward diri sendiri asingkan duit RM300 (30%).
14. Lia suggestkan, untuk sedekah kalau tak tahu nak bagi siapa, bagilah pada anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana mereka juga layak diterima sedekah.
15. Bayangkan, dengan bersedekah ni, anda telah menghasilkan 7 tangkai dan setiap tangkai itu mengandungi 100 buahnya. Jadi, RM100 x 7 tangkai x 100 buah = RM70,000!! Wow! Banyak tu.
16. Inilah formula calculator dalam kiraan Islam. Konsep yang sangat mudah, “the more you give, the more you will get.”
17. RM70,000 tu kadang-kadang bukan dalam bentuk duit, mungkin nilai suami cium isteri RM10,000, nilai orang bagi 10 botol Dexandra Perfume RM750, tiba-tiba ada orang nak belanja makan di hotel mewah 5 bintang.
18. Lia yakin dan sangat percaya, macam-macam lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup anda yang anda sendiri tak sangka-sangka, sebab rezeki Allah itu Maha Kaya dan Maha Luas.
19. Itu la menariknya menabung ni, anda akan rasa sangat best, tenang je dan duit tu sentiasa ada bersama anda. Law of Attraction.
Syukur Alhamdulillah, bermulanya bulan February 2017, simpanan yang tak sampai setahun itu telah menghasilkan jumlah wang lebih dari RM10,000. Insha-Allah, usaha ini akan diteruskan pada tahun 2018 pula.
Ajarkan pada anak-anak anda menabung dari sekarang. Bila dah besar, duit untuk tanggung kos belajar di Universiti semua dah ada. Bestkan.
Kesimpulannya. Menabunglah dari sekarang sebab menabung ni sangat penting untuk masa depan yang gemilang.
Jom beraya dengan bahagia sambil ajar anak dan pasangan kita ilmu kewangan!
APA LAGI ALASAN ANDA?
Nak seribu daya, taknak satu alasan pun dah cukup. Nak lagi inspirasi untuk berubah? Rajin-rajinlah baca:
Sumber: FB Nur Aliah Mohd Nor , Majalah Labur
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI