INFO: 6 KESILAPAN PALING KERAP TERDAPAT PADA WEBSITE BISNES KECIL

Banyak peniaga kecil mahu berjimat, lalu mereka belajar sendiri macam mana hendak membina website untuk bisnesnya. Hasilnya, website yang dibinanya sendiri itu tidak menghasilkan leads dan tidak menaikkan sales. Pakar-pakar website menyenaraikan 6 kesilapan yang paling kerap terdapat pada website bisnes-bisnes kecil.

Di dalam posting terbaharu penulis buku terkenal di negara kita, Puan Ainon Mohd ada berkongsi di facebook beliau tetang kesilapan-kesilapan yang kerap terdapat pada website perniagaan kecil seperti IKS.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita meningkatkan keupayaan perniagaan masing-masing serta berdaya saing dan maju.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Menambah Laman Web Ke Skrin Utama Peranti Mudah Alih Anda

Berikut adalah perngkongsian daripada Puan Ainon Mohd;

1. Website itu menggunakan gaya karangan dan gaya bahasa yang tidak menarik minat customers untuk membacanya.

Ini kes peniaga kecil hendak berjimat lalu dia buat sendiri konten dalam websitenya. Jarang sekali peniaga kecil mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang karang-mengarang. Mesej yang bagus mesti disampaikan dalam bahasa yang bagus. Baru customers percaya produk dan servis kita bagus.

2. Website itu semak-samun sangat dengan macam-macam perkara yang hendak dibuat.

Macam-macam benda hendak ditunjukkan. Ini kesilapan yang kerap berlaku. Terus saja paparkan informasi penting berkenaan bisnes kita.

Webiste yang semak-samun dengan macam-macam gambar, macam-macam topik artikel, dan macam-macam video boleh membuat orang keliru apa sebenarnya fokus dalam bisnes kita.

3. Dalam webiste itu sedikit sangat maklumat yang dipaparkan.

Website itu menerangkan terlalu sedikit informasi berkenaan siapa kita dan apa sebenarnya bisnes kita. Ini pun kesilapan juga. Orang masuk website disebabkan mereka hendak tahu siapa diri kita, dan apa aktiviti bisnes kita sebenarnya.

4. Maklumat dalam webiste itu terlalu rencam sampai mengelirukan.

Website kita boleh mengelirukan pengunjung apabila kita tidak tahu apa ciri utama pada brand kita. Orang yang masuk website kita menjadi keliru apa sebenarnya brand kita.

Apa sebenarnya identiti brand yang hendak ditonjolkan? Ini berlaku apabila website kita itu menggunakan:

  • Banyak sangat jenis typeface.
  • Banyak sangat color palettes.
  • Banyak sangat tema.

Apabila hendak membuat desain website, gunakan pandauan ini:

  • Pilih 1 tema
  • ii. Pilih 1 logo
  • Pilih 1 typeface

Gunakan 3 perkara itu untuk seluruh website.

5. CTA yang teruk.

CTA adalah singkatan ‘call to action’. Kita suruh customer kita buat sesuatu.

Contohnya kita suruh mereka:

“Klik di sini.”

“Dapatkan kupon.”

“Baca lebih banyak maklumat di sini.”

Customers mesti diberitahu apa yang mereka akan dapat sebelum mereka lakukan apa yang kita suruh. Jadi, mereka mesti diberi informasi yang cukup.

  • CTA mesti ringkas.
  • Beritahu dengan jelas apa yang customer perlu buat.
  • Jangan suruh customers isi banyak maklumat dalam borang. Manusia tidak suka disuruh mengisi borang.
  • Beri mereka beberapa minit sebelum kita munculkan CTA. Jangan gopoh-gapah hendak suruh mereka klik CTA.

6. LOOK dan FEEL website itu tidak disesuaikan dengan target customers.

Website mesti ada LOOK dan FEEL yang sesuai dengan target customers kita. Lain website, lain customers-nya, maka lainlah look dan feel-nya.

Seni, gaya, dan reka-letak konten dalam website mesti mampu menarik minat customers yang menjadi target kita itu supaya mereka sudi berlama-lama dalam website kita.

7. Cara kita memaparkan artikel membuat customers hilang minat hendak membacanya.

Peranan artikel sangat penting dalam website kita. Artikel dapat menerangkan aspek-aspek pada bisnes, produk, dan servis kita yang tidak dapat diterangkan dalam foto dan video.

Artikel yang bagus mesti dipaparkan dengan gaya yang bagus, baru customers mahu membacanya sampai habis.

  • Pilih font yang sesuai dengan imej brand. Pertama, font mesti memudahkan mata membaca teks. Kedua, font mesti menaikkan seri dan daya tarikan wajah muka surat website kita.
  • Cipta layout yang sesuai dengan imej brand bisnes kita.
  • Ruang kosong putih mesti digunakan dengan betul, supaya teks yang panjang pun tidak menggerunkan customers hendak membacanya. Hasilnya, walaupun artikel itu panjang, ia mudah dibaca sampai habis.
  • Teks jangan terlalu pekat dan padat. Website bukan buku. Pecah-pecahkan teks yang panjang supaya menjadi perenggan yang pendek-pendek.
  • Gunakan elemen-elemen visual bagi memudahkan pembaca memproses konten dalam teks.

Perniagaan yang tidak mempunyai website tidak dapat bersaing dengan pesaing yang mempunyai website.

Kos membina website adalah modal. Jangan kerana hendak berjimat sampai website kita tidak mampu membantu kita menaikkan jumlah leads dan sales.

Sumber: Laman Facebook Puan Ainon Mohd