INFO: PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA JKM 2021

Kanak-kanak adalah bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001. Mereka adalah tunjang kepimpinan negara pada satu hari kelak, sehubungan itu mereka adalah pewaris masa hadapan kita.

Oleh itu, atas keprihatinan Kerajaan melalui Belanjawan 2021, Kementerian telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kanak-kanak.

Sebelum ini kerajaan memperuntukkan RM100  bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM450 sekeluarga sebulan. Pada kali ini kami akan berkongsi cara memohon bantuan ini dengan ringkas dan mudah lulus.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000

PENGENALAN

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Objektif Pemberian Bantuan

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Menurut YB Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, kadar bantuan 2021 adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  2. Kanak-kanak 7 tahun – 18 tahun : RM150 Sebulan
  3. Dengan kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.
  4. Satu keluarga yang berkelayakan boleh dapat bantuan sehingga RM12,000.00 setahun.
Kelayakan untuk permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinina (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Untuk kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Kanak-kanak yang berumur 18 dan ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan boleh dilakukan dengan dua cara sama ada melalui Online atau Manual Barang.

Permohonan Online

  1. Pergi ke pautan rasmi berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Pilih Negeri & isikan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Klik Daftar.
  5. Isikan setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang telah dibuat.
  7. Bawa sekali dokumen yang berkaitan.

Permohonan Manual

  1. Pergi ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  2. Bawa sekali borang & dokumen yang berkaitan.

Antara dokumen-dokumen yang berkaitan:

  • Salinan MyKad kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU (Jika ada)
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti – salah satu (air/ elektrik/ telefon/ astro)

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DIBAWAH:

JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan info lanjut anda bolehlah menghubungi nombor telefon hotline Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti di bawah ini atau hadir ke alamat berikut;

No Telefon: 03-8000 8000

Alamat :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Sumber: Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)