PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 08hb Februari 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menghadiri Sesi Lawatan Tapak Ke Tapak Permohonan baru Bazar Ramadan Station 18 di Station 18, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Perbentangan Program PEKB Tahun 2023
Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh Wakil Majlis Bandaraya Ipoh iaitu En. M Raman selaku Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan En Razak selaku Pegawai Unit Pengurusan Penjaja.
Turut hadir ke sesi lawatan tapak ini adalah wakil pengurusan AEON MALL Ipoh Station 18 iaitu En Badrol Shariff selaku Mall Manager AEON Mall Ipoh Station 18.
Manakala mewakili PUBI Perak pula adalah Pengerusi PUBI En. Sharul Rahman dan juga En Khairul selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.
Untuk makluman semua Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah memohon lokasi ini untuk menjalankan aktiviti Bazar Ramadan bagi tahun 2023 dan tertakluk kepada kelulusan pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
Selain itu pada tahun ini juga, PUBI Perak turut memohon lokasi Bazar Ramadan Taman Temara sebagai salah satu lokasi Bazar Ramadan anjuran kami seperti mana tahun sebelumnya.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dipermudahkan olehNya serta memberi manfaat kepada semua penduduk dan peniaga di sekitar kawasan ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar penganjuran bazar ramadan di bawah MBI tahun ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan juga para peniaga.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #BazarRamadan2023 #MajlisBandarayaIpoh
KOMEN TERKINI