KARNIVAL YANG DIJALANKAN OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA DAN DISOKONG OLEH PUBI PERAK!
Pada 17hb Januari 2019 yang lalu, bertempat di Bengkel Motosikal Azhar, No.42, Kampung Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak, telah berlangsung Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan bersama Insan Istimewa.
Alhamdulillah, Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan disepanjang karnival ini berlangsung seperti;
- Peluang Pekerjaan
- Latihan Kemahiran
- Usahawan OKU SBGP
- Usahawan Bengkel Motosikal
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Khidmat Nasihat
Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan bersama insan istimewa ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mahfuz Omar selaku Timbalan Menteri Sumber Manusia serta dihadiri oleh Ahli Parlimen Kampar, Yang Berhormat Thomas Su.
Mewakili PUBI Perak ke karnival ini adalah Tuan Pengerusi En. Sharul. Alhamdulillah, karnival ini mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk setempat.
KOMEN TERKINI