PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 31hb Mac 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput untuk menghadiri kesebuah program anjuran Pasaraya AEON Mall Ipoh Station 18 iaitu sebuah Program Memasak Bubur Lambuk bersama Komuniti Setempat.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Turun Padang Majlis Bandaraya Ipoh Ke Bazar Ramadan 2024

Program Memasak Bubur Lambuk bersama Komuniti Setempat anjuran Pasaraya AEON Ipoh Station 18 telah diadakan diperkarangan pasaraya AEON Ipoh Station 18 dan telah disertai oleh staf AEON Ipoh Station 18 serta beberapa NGO lain di sekitar Pengkalan, Station 18.

Turut menyertai program ini adalah beberapa anggota Bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pasir Puteh.

Untuk maklumat semua, ini adalah tahun kedua Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah sudi hadir ke program ini dan turut sama bergotong-royong memasak bubur labuk untuk diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di AEON Mall Ipoh Station 18.

Turut hadir menyertai program ini adalah En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan dan Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Persatuan.

Selain itu, tiga orang Ahli Jawatankuasa PUBI Perak telah turut serta ke program ini iaitu Pn Jamaliah Md Yatim, Pn Noor Azlina dan Saudara Aiman.

Program Memasak Bubur Lambuk bersama Komuniti Setempat anjuran Pasaraya AEON Ipoh Station 18 telah diadakan diperkarangan pasaraya AEON Ipoh Station 18 dan telah disertai oleh staf AEON Ipoh Station 18 serta beberapa NGO lain di sekitar Pengkalan, Station 18.

Alhamdulillah, Program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya di mana hampir 1,000 bekas bubur lambuk telah berjaya dimasak serta akan diedarkan diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di AEON Mall Ipoh Station 18 pada sebelah petang pada hari tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak AEON Ipoh Station 18 terutamanya kepada Pengurus Pasaraya AEON Mall Ipoh Station 18 iaitu En Badrol kerana sudi menjemput pihak PUBI untuk menyertai Program Memasak Bubur Lambuk bersama Komuniti Setempat kali ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak