KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 6hb April 2024 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan sebuah Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Program Edaran Bubur Kumpulan PUBI Di Bazar Ramadan Station 18
Majlis ini telah di Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman yang terletak di alamat Plot 359 Lorong Dato, Off Jalan Dato, Kampung Manjoi, 30020, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Syukur alhamdulillah seramai hampir 20 orang anak-anak yatim dan miskin di rumah kebajikan ini telah diraikan dengan sebuah majlis berbuka puasa dan juga penyerahan duit raya.
Turut hadir pada majlis ini adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd, En Haizul Fakarudin serta Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.
Mewakili pihak Pengurusan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak adalah Pn. Nazlyn Noorain Binti Mohd Said, Yang Dipertua Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, Kampung Manjoi, Ipoh Perak serta beberapa Ahli Jawatankuasa beliau.
Pada majlis ini pihak Persatuan telah menyumbang dana sebanyak RM1,000.00 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman bagi membantu pertubuhan ini membiayai kos pengurusan di tempat ini serta meringankan beban yang ditanggung.
Untuk makluman semua, sumbangan-sumbangan di atas juga sebahagiannya adalah hasil daripada kutipan derma yang telah diberikan oleh para dermawan yang hebat lagi ikhlas yang terdiri di kalangan Ahli Persatuan, Anggota Koperasi dan juga orang awam.
Sumbangan yang diamanahkan kepada kami, telahpun berjaya disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini pada majlis yang berlangsung itu dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala jasa baik para penderma serta diberikan pahala yang berlipat kali ganda dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah olehNya.
Disamping itu anak-anak Nurul Iman ini diraikan dengan pemberian duit raya oleh Ahli-ahli Persatuan dan Anggota Koperasi yang sangat berhati budiman dan mulia.
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan keharmonian. Pihak PUBI Perak sangat bersyukur kerana dapat menganjurkan program amal ini dan berharap akan dapat menganjurkan program sebegini pada masa akan datang.
Setinggi terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman kerana sudi memberi peluang dan ruang kepada Kumpulan PUBI untuk menganjurkan sebuah program amal pada tahun ini.
Tidak dilupakan ucapan Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program yang dirancang ini serta ahli-ahli persatuan dan koperasi yang mendokong penuh pelaksanaan program amal ini.
Syukur kerana dengan izinNya Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni anak-anak yatim dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.
Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI