PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 27hb Julai 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menerima kunjungan hormat daripada National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Negeri Perak di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menyambut kehadiran 3 orang pegawai tersebut dan diiringi oleh Bendahari Kehormat PUBI Perak iaitu Pn Noorzalina.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Bengkel Intensif & Latihan Online Marketing

Objektif utama Kunjungan Hormat National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua entiti ini serta membincangkan usahasama di antara kedua-dua pihak demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.

Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

Pn Zuraida Binti Zulkepli
Pen Setiausaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak