
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh RedOne Perak Region untuk hadir ke Program Redone Partner Gathering yang telah berlangsung di M Roof Hotel Jalan Dato Lau Pak Khuan, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak.
Menghadiri majlis itu mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan En. Mohamad Nafis merangkap Juruaudit Dalaman Koperasi.
Program yang gilang gemilang ini telah dihadiri oleh COO RedOne Mr. Tee Yew Yaw serta Wakil dari Universiti Sultan Azlan Shah dan Wakil dari Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB).
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Kunjung Hormat ke Pejabat SKM Negeri Perak
Untuk makluman semua, redONE Network Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2012. Dikenali sebagai Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Pascabayar mudah alih menggunakan infrastruktur 4G LTE terluas pengendali rangkaian mudah alih terkemuka.
Program yang dianjurkan ini sangat baik dan menambahkan ilmu pengetahuan baru di antara kedua-dua buah entiti ini serta sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI