INFO – CARA DAN PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA
Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia dan serata dunia.
Arahan ini bersesuaian dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang daripada coronavirus ini merebak dan menjangkiti orang ramai. Selaras itu, Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia.
Sidang Media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 April 2020 beliau berkata, orang ramai yang terperangkap di rumah semasa pulang ke kampung dan kini berada di Kampung halaman, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia (telefon pintar) mulai 26 April 2020.
BACA ARTIKEL: Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Aplikasi Mudah Alih Gerak Malaysia
Bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh mendaftar diri di Balai Polis berhampiran/ berdekatan dengan syarat membuat membuat temu janji dahulu dengan pihak balai polis tersebut.
Kerajaan juga tidak memberi apa-apa jaminan berkenaan pergerakan memandangkan masih menunggu laporan daripada pendaftaran yang bakal bermula 26 April. Selepas itu baru kerajaan boleh merangka perancangan prosedur operasi standard dan kajian dengan khidmat nasihat KKM.
Aplikasi Gerak Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Ianya dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja apabila Bluetooth diaktifkan. Data ini akan digunakan SKMM untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19.
Untuk makluman, PKP telah dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. Kerajaan juga menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menolak kemungkinan PKP akan disambung lagi selepas itu menyebabkan ramai yang bakal tidak dapat pulang ke kampung berhari raya. Namun, ianya bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini.
PERGERAKAN ANTARA DAERAH DENGAN DAERAH TELAH PUN DIBEBASKAN JADI TIDAK ADA HAD DARI SEGI JANGKAMASA UNTUK KELUAR
Berikut adalah beberapa perkara penting yang dimaklumkan pada sidang Sidang Media Pengarah JSJ Bersama Pengerusi SKMM pada 3 Mei 2020 :-
- Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia hanya tertakluk kepada orang ramai yang berada di semenanjung, sebaliknya bagi yang berada di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) negeri terbabit
- Untuk mereka yang tiada kemudahan aplikasi, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 3 Mei 2020. Borang perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berhampiran untuk mendapatkan kelulusan. Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelak kesesakan. Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan
- Pemohon perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia ke versi terkini untuk mengemaskini maklumat destinasi bermula 4 – 5 Mei 2020
- Proses analisis maklumat pergerakan adalah pada 6 Mei 2020
- Bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain (berumur 16 tahun ke atas) turut memohon aplikasi sama
- Orang ramai yang membuat permohonan tidak akan mendapat notifikasi mengenai kelulusan permohonan dibuat mereka dan tiada kod QR dikeluarkan berhubung kelulusan permohonan. Namun PDRM masih boleh kenal pasti individu yang ada memohon sekiranya ada pemeriksaan dilakukan
Jadual perjalanan rentas negeri adalah seperti berikut :-
- Khamis : 7 Mei 2020 – Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur
- Jumaat : 08 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perak, Johor & Kelantan
- Sabtu : 09 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
- Ahad : 10 Mei 2020 – Pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu
DOWNLOAD BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI MEREKA YANG TIADA TELEFON PINTAR
- Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM
- Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan
- Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
- Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki untuk menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.
Untuk panduan lanjut rujuk Soalan Lazim Gerak Malaysia yang dikeluarkan SKMM –>
PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI GERAK MALAYSIA
Berikut adalah cara memohon Pergerakan Rentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia;
Semoga dengan info dan panduan ini akan memudahkan urusan rakyat Malaysia bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ini di dalam masa yang sama mampu menyekat penularan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya ini. Insyallah..
Sumber: Blog MySumber
KOMEN TERKINI