TERBARU : PERMOHONAN PERGERAKKAN ANTARA NEGERI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) UNTUK TUJUAN DIBENARKAN
Kerajaan sangat mengambil berat dan sedia maklum hasrat rakyat Malaysia yang berada di kampung dan ingin pulang ke rumah masing-masing ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Kerajaan sejak bulan Mac yang lalu.
Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di dalam sidang media yang telah diadakan di Putrajaya pada hari ini telah membuat pengumuman bahawa rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.
BACA LANJUT: Panduan Permohonan Pulang Dari Kampung Ke Rumah Sendiri (Bermula Pada 25 April 2020)
BERIKUT ADALAH PENGUMUMAN TERKINI BERKAITAN PERMOHONAN PERGERAKKAN ANTARA NEGERI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) UNTUK TUJUAN DIBENARKAN;
- Permohonan Online di aplikasi Gerak Malaysia dibuka mulai 26 April 2020
- Anda perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk
mengesahkan perjalanan anda - Semakan status permohonan adalah pada 1 Mei 2020
- Tempoh pergerakkan yang diluluskan adalah pada
1 hingga 3 Mei 2020
Bagi yang tidak mempunyai telefon pintar. Anda boleh ke balai polis berdekatan untuk membuat permohonan.
Rujuk http://tiny.cc/crpqnz untuk info lanjut.
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH (PDRM)
Berikut adalah Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PDRM) berkaitan Permohonan Pergerakan Antara Negeri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Untuk Tujuan Yang Dibenarkan;
Sumber: Facebook Malaysia Government Call Centre, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
KOMEN TERKINI