
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 2hb Julai 2023 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang diketuai oleh En Sharul Rahman telah mengadakan persiapan dan persediaan bagi menganjurkan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan 3hb Julai sehingga 9hb Julai 2023.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Pubi Perak Kali Ke-5
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2023 anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini akan diadakankan di Travelodge Hotel, Jalan Raja Dihilir, 30350, Ipoh Perak.
Alhamdulillah, pada hari tersebut Ahli Jawatankuasa yang turut hadir bagi membantu persiapan dan persediaan pelaksanaan program ini adalah Setiausaha Persatuan, En. Haizul Fakarudin, Bendahari Persatuan En. Mohamad Nafis dan juga Penolong Setiausaha Pn Zuraida.
Dijangka pada tahun ini seramai 30 peserta yang telah dipilih bagi program PEKB ini akan menghadirkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengikuti kursus Pemerkasaan Ekonomi yang diseliakan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).
Peserta-peserta yang terlibat di dalam program ini adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang berdaftar dengan e-Kasih yang mana mereka telah terpilih untuk menyertai kursus anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) selama 7 hari dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Melalui kursus yang ditawarkan ini, mereka akan diberi latihan dan praktikal mengikut bidang kursus yang telah disediakan dan dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka bagi maksud mencapai matlamat program yang telah ditetapkan.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan keutamaan diberikan kepada warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai ‘miskin bandar’ serta golongan B40.

Untuk makluman semua juga, matlamat utama Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2023 ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
Melalui kursus ini, para peserta yang terpilih telah mempelajari banyak ilmu keusahawan dan kemahiran serta perkara penting untuk meningkatkan jati diri serta mengubah cara berfikir untuk maju di dalam dunia keusahawanan.
Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dengan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) buat kali ke-3 bagi melaksanakan program ini di bawah pihak kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
KOMEN TERKINI