KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Terkini pada 15hb Ogos 2020 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan Mesyuarat Anggota Kabinet Kali Kedua bagi sesi Jawatankuasa PUBI Perak 2019/2021.

Mesyuarat Anggota Kabinet ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak dengan menyaksikan seramai 24 orang anggota kabinet telah menghadirkan diri.

Mempengerusikan Mesyuarat Anggota Kabinet ini adalah En. Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan 3 buah entiti iaitu Persatuan Usahwan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Program Jelajah Kasih Kumpulan PUBI 2020

Mesyuarat yang berlangsung pada kali ini membincangkan perancangan serta memperhalusi program yang telah dijalankan serta menyusun semula program-program yang bakal dirancang di bawah Kumpulan PUBI.

6 buah Jawatankuasa telah dibentuk pada mesyuarat yang lalu telah membentangkan laporan serta KPI masing-masing iaitu;

  1. Jawatankuasa Pasar Malam & Bazaar
  2. Jawatankuasa Pembangunan Wanita
  3. Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
  4. Jawatankuasa Kebajikan & Kerohanian
  5. Jawatankuasa Kembara & Rekreasi
  6. Jawatankuasa Kelab Belia

Maka dengan terlaksananya Mesyuarat yang sangat bermanfaat pada hari tersebut diharapkan agar KUMPULAN PUBI akan menjadi sebuah entiti yang aktif di Bandaraya Ipoh dengan memiliki imejnya yang tersendiri serta berada pada kelasnya di mata dunia.

Semoga KUMPULAN PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..