PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb April 2024 yang lalu, Bendahari PUBI Perak iaitu En Mohammad Nafis dan Ahli Jawatankuasa, En Khairul Akmal telah ditugaskan untuk membuat persiapan bagi Majlis Jaringan Usahawan dan Ramah Mesra Aidifitri bersama Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Perak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 30hb April 2024 bertempat di RTC Gopeng, Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Anjuran CGC Perak

Majlis Jaringan Usahawan dan Ramah Mesra Aidifitri bersama Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Perak 2024 ini adalah anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama agensi-agensi keusahawanan, NGO Keusahawanan dan Usahawan-usahawan Negeri Perak serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.

Majlis yang akan berlangsung ini dijangka akan mendapat sambutan yang sangat meriah dan akan dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada usahawan-usahawan di negeri Perak.

Tetamu kehormat bagi Majlis tersebut adalah Yang Berhormat Salbiah Mohamed selaku Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Untuk makluman semua, pada tahun ini, Kumpulan PUBI telah berbesar hati untuk menyumbang 500 mangkuk cendol sebagai hidangan kepada para hadirin pada majlis ini nanti.

En Khairul Akmal telah ditugaskan untuk membuat persiapan bagi Majlis Jaringan Usahawan dan Ramah Mesra Aidifitri bersama Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Perak 2024

Semoga dengan berjayanya majlis ini nanti akan mengukuhkan lagi hubungan sesama usahawan dan ukhwah di kalangan pengurusan Agensi keusahawanan, kepimpinan NGO keusahawanan dan usahawan-usahawan di Negeri Perak ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #PUBIPerak #NGOusahawan #BantuUsahawan