PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 30hb April 2024 yang lalu, PUBI Perak telah menghadiri Majlis Jaringan Usahawan dan Ramah Mesra Aidifitri bersama Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Perak 2024 anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama agensi-agensi keusahawanan, NGO Keusahawanan dan Usahawan-usahawan Negeri Perak serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Persediaan Majlis Jaringan Usahawan & Ramah Mesra Aidifitri 2024
Majlis yang telah berlangsung di RTC Gopeng Perak ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah dan telah dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada usahawan-usahawan di negeri Perak ini.
Tetamu kehormat bagi Majlis ini adalah Yang Berhormat Salbiah Mohamed selaku Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran secara mengejut YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad Menteri Besar Perak juga memberi kesempatan kepada para usahawan untuk beramah mesra bersama YAB Dato’ Seri Menteri Besar.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Puan Sandrea Ng, YB Tuan Teh Kok Lim, YB Puan Salina Samsudin, Puan Halizah Sipun, Timbalan Setiausah Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) / Pengarah UPEN Perak, Encik Mohamad Rozlan Mohamad Razalli, Pengarah STeP, Encik Noorsham Ramly, Pengarah FAMA Negeri Perak, Encik Rizal Effendi Razali, Pengarah Pejabat Mara Negeri Perak, Puan Jamilah Zakaria, Pengarah Wanita Perak, Encik Mohd Anuar Salleh, Pengurus TEKUN Perak, Encik Meor Mohamad Sharifuddin Meor Yahya, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Perak, Cik Hasanah Zakaria, Pengurus PUNB Perak, Encik Shahfizan Hamdan, Pengurus AIM Wilayah Perak, Cik Azrine Othman, Pengarah SME Corp. Malaysia Perak, Cik Kavaramma Subramaniam Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak, Puan Hajjah Wan Siti Hajar Wan Salim, Pengarah Perhubungan Pelanggan Bank Islam Negeri Perak, Encik Fauzan Ismail, Ketua Pejabat NCER Wilayah Utara, pegawai wakil pelbagai agensi usahawan, Yang Dipertua dan wakil pelbagai NGO Usahawan seperti Persatuan Usahawan Spa Perak – SISPA, Dewan Perniagaan dan Perdagangan Melayu Perak, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak, Aura Manjung, Persatuan Pemilik Bengkel Automotif Negeri Perak, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh, Komunitj Wanita Perkasa Perak dan lain-lain lagi. Antara agensi lain yang turut bersama menjayakan majlis ini adalah Zakat Perak-MAIPk, KEMAS, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Agrobank, SME Bank, LPP, MARDI, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak – PERAK SADC.
Menghadiri majlis ini mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), En. Haizul Fakarudin selaku Setiausaha PUBI Perak, En Mohamad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak dan Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak.
Turut hadir adalah En. Khairul Akmal, Pn Norhuda Abd Razak dan Saudara Aiman selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak serta Saudara Aiman selaku Ahli berdaftar PUBI Perak.
Majlis turut diserikan dengan persembahan dari band RISDA Negeri Perak yang mana telah menghiburkan seramai hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada usahawan-usahawan di Negeri Perak telah hadir untuk beramah mesra disamping menikmati juadah-juadah lazat yang telah disediakan.
Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana majlis yang telah dirancang ini dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan serta telah menjadi satu memori indah dikalangan tetamu-tetamu yang hadir.
PUBI Perak selaku NGO Usahawan melalui Pengerusinya iaitu En Sharul Rahman telah menyatakan pendirian bahwan akan terus menerus memberi sokongan padu bagi menjayakan segala aktiviti keusahawanan termasuklah majlis yang telah diadakan ini serta akan menyumbang tajaan dan tenaga mengikut kemampuan persatuan.
Pada tahun ni Kumpulan PUBI telah berbesar hati untuk menyumbang 500 mangkuk cendol sebagai hidangan kepada para hadiran pada majlis ini.
Semoga dengan berjayanya majlis ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesama usahawan dan ukhwah di kalangan pengurusan Agensi keusahawanan, kepimpinan NGO keusahawanan dan usahawan-usahawan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI