TERKINI – BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) AKAN DIBAYAR MULAI ISNIN DEPAN
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020 yang lalu.
Telah diketahui umum bahawa di dalam pengumuman awal tersebut, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020.
Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.
3 Info Penting Bantuan Prihatin Nasional (Bpn) Yang Wajib Anda Tahu –>
Sukacitanya Menteri Kewangan YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan sebentar tadi telah mengumumkan bahawa bagi fasa pertama BPN pakej PRIHATIN 1 , 8.3 juta penerima isi rumah termasuk individu bujang yang sudah diluluskan dan pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin Depan).
Syukur Alhadulillah..
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN ini dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya.
Saya juga ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.
Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.
YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan Putrajaya
4 April 2020
BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA YANG TELAH DIUMUMKAN DI LAMAN FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
KOMEN TERKINI