KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Februari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengaudita akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman, Pn Samsiah selaku Bendahari Koperasi dan Pn Zuraida selaku Penolong Bendahari Koperasi, manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada MBAK Associates.

Melalui perbincangan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd secara dasarnya telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahu 2021.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Sesi Tandatangan Perjanjian Usahasama Strategik Untuk Projek Raya

MBAK Associate adalah salah sebuah firma juruaudit koperasi yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengauditan kewangan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

KOPUBI sangat percaya dan yakin bahawa firma ini mampu mengaudit akaun koperasi serta menasihati pihak koperasi cara kerja penyimpanan rekod kewangan yang baik serta berdaya saing demi menghasilkan sebuah koperasi yang mampan di Negeri Perak ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia