KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb April 2025 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh En Haizul Fakarudin, Setiausaha KOPUBI Perak Berhad, Pn Aini Suryana, Pemangku Ahli Lembaha KOPUBI Perak Bhd dan Pn. Nor Azlina Omar selaku Ahli Jawatankuasa JAD KOPUBI Perak bhd.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Perak yang berlangsung bertempat Dewan Orang Taman Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

En. Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi KOBUPI Perak Bhd turut hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya ini dan turut hadir mewakili Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak selaku Setiausaha ANGKASA Negeri Perak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Pendaftaran Pelanggan Myangkasa Amanah Bhd

Alhamdulilah, Majlis ini telah bermula dengan jayanya pada jam 2.00 petang dengan En Ashraf selaku Pengurus ANGKASA Negeri perak memulakan majlis dengan bacaan doa dan sepatah dua kata serta mengalu-alukan kehadiran para tetamu.

Kemudian Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak telah memulakan majlis dan ucapan alu-aluan beliau serta menyampaikan ucapan.

Alhamdulillah, Majlis bertambah seri dengan dimeriahkan kehadiran tetamu-tetamu kehormat, iaitu Ydh. Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Presiden ANGKASA, Ybhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengarah SKM Negeri Perak, Pn. Zuhaini Romli.

Turut bersama-sama dalam majlis ini adalah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, PKNP, Bank Rakyat Cawangan Meru dan juga IKMa.

Tidak dilupakan tetamu dari ANGKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Pn Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi JPAN dan Mantan Pengerusi JPAN Perak, Tuan Haji Mohd Rosli bin Haji Basri.

Alhamdulillah, seramai lebih hampir 300 orang tetamu hadir dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini yang mana merangkumi wakil koperasi-koperasi Anggota ANGKASA Negeri Perak.

En Ashraf selaku Pengurus ANGKASA Negeri perak memulakan majlis dengan bacaan doa dan sepatah dua kata serta mengalu-alukan kehadiran para tetamu.

Untuk makluman semua, terdapat sedikit kelainan pada tahun ini di mana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Perak akan dianjurkan di tiga buah lokasi yang berbeza bagi meraikan sahabat-sahabat Koperator di mana lokasi pertama penganjuran adapah di Ipoh pada 17hb April 2025 dan diikuti di Taiping pada 22hb April 2025 dan lokasi terakhir adalah di Teluk Intan pada 28hb April 2025 nanti.

Sungguh meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Perak tahun ini dan ianya akan dapat memberi impak tersendiri serta kenangan yang manis kepada seluruh Anggota ANGKASA Negeri Perak.

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir pada kali ini.

Semoga dengan berlangsungnya majlis ini maka Anggota ANGKASA Perak dapat beramah mesra serta menguatkan silaraturahim semasa anggota yang telah terjalin sekian lama.

Semoga KOPUBI Perak Bhd juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia