
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 25hb April 2025 yang lalu, PUBI Perak telah berpeluang turut sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang diadakan dengan cukup meriah dan penuh suasana kekeluargaan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Taklimat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025
Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini telah berjaya menghimpunkan ribuan rakyat berbilang kaum, sekaligus mencerminkan keharmonian dan perpaduan dalam semangat Malaysia MADANI.
Mewakili PUBI Perak ke majlis ini adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak, diiringi oleh En. Haizul Fakarudin, Setiausaha; Pn. Zuraida Zulkepli, Penolong Setiausaha; serta AJK persatuan En. Khairul Akmal dan Pn. Nor Azlina yang turut turun padang menjayakan pengurusan booth dan penyediaan juadah.
Sebelum acara bermula, kami amat berbesar hati dam menghargai kunjungan mesra daripada YBrs. Tuan Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah sudi meluangkan masa melawat booth PUBI Perak.
Turut hadir bersama beliau adalah pegawai-pegawai kementerian yang diketuai oleh En. Rahmad.Kehadiran wakil-wakil kementerian ini memberi semangat dan sokongan moral yang besar buat NGO dan vendor yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program komuniti seperti ini.
Sebagai sebuah NGO usahawan yang aktif di Negeri Perak, PUBI Perak amat berbesar hati apabila turut diberi mandat sebagai salah satu vendor rasmi yang menyediakan pelbagai juadah Hari Raya kepada lebih 10,000 pengunjung yang hadir.
Peluang ini bukan sahaja mengangkat nama PUBI Perak di mata masyarakat, malah turut memberi platform kepada ahli dan vendor usahawan di bawah naungan persatuan untuk terlibat secara langsung dalam acara berskala besar bersama kerajaan dan masyarakat umum.
Ia menjadi satu peluang keemasan untuk mengetengahkan keupayaan usahawan tempatan dalam bidang penyediaan makanan dan servis acara.

Menambah kemeriahan dan nilai signifikan program ini, PUBI Perak turut membawa serta penyertaan peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) yang berada di bawah seliaan langsung persatuan.
Ini sekaligus membuktikan komitmen PUBI Perak dalam membuka ruang kepada para peserta PEKB untuk melibatkan diri secara aktif dan berkesan dalam program berbentuk komuniti dan keusahawanan.
Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah menyampaikan ucapan khas kepada rakyat, disusuli dengan jamuan istimewa Hari Raya dan persembahan nyanyian daripada artis tanah air.
Turut hadir bersama adalah barisan kepimpinan negara termasuk YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming; YAB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid serta barisan exco Kerajaan Negeri Perak yang bersama-sama menjayakan majlis ini dengan penuh semangat.
Sebelum pulang, YAB Perdana Menteri turut berkesempatan beramah mesra bersama pengujung yang hadir dan mengunjungi gerai juadah Aidilfitri yang telah disediakan.
Majlis ini bukan sekadar sambutan Hari Raya semata-mata, tetapi menjadi simbol eratnya hubungan antara kerajaan, NGO dan komuniti usahawan yang saling menyokong.
PUBI Perak dengan penuh rasa syukur dan semangat akan terus melangkah ke hadapan, memacu lebih banyak inisiatif keusahawanan dan kemasyarakatan demi manfaat bersama.
PUBI Perak juga akan terus komited dalam menjayakan program yang memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.
Semoga segala usaha kecil ini menjadi sumbangan besar dalam membina negara yang lebih makmur, berdaya tahan dan penuh kasih sayang – selari dengan roh Malaysia MADANI yang kita junjung bersama.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong usaha murni ini.
#PUBIPerak #NGOUSahawan #AidilfitriMADANI2025 #MalaysiaMADANI #PerakSejahtera2030 #KPKT #KerajaanPerak #NGOPrihatin #KomunitiSejahtera #PEKB



KOMEN TERKINI