PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Pada 22 Mei 2025 yang lalu, satu pertemuan penuh bermakna telah berlangsung membabitkan wakil-wakil NGO usahawan Melayu dari seluruh negeri Perak dalam satu sesi perbincangan strategik bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Negeri Perak. Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) turut hadir dalam sesi ini dengan diwakili oleh Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Hazul Fakarudin bin Mohamed Redzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Hari Bertemu Pelanggan & Majlis Ramah Mesra Ppwn Perak Tahun 2025

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua DPPM Perak, Tuan Haji Amirudin bin Tan Sri Tajudin yang menyambut baik kehadiran pimpinan-pimpinan NGO dari pelbagai latar belakang keusahawanan.

Beliau turut memperkenalkan barisan pimpinan DPPM Perak yang hadir, antaranya Timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Abdulah Sani bin Sha’ari, Setiausaha Kehormat DPPM Perak, Encik Abd Razak bin Mohd Ali serta Ahli Jawatankuasa DPPM Perak, Tuan Mior Muhammad Fadhli bin Mior Shaifuddin yang juga merupakan seorang peguam.

Antara wakil NGO yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Puan Al Yani Md Yusuf selaku Pengerusi USAHANITA, Encik Muhd Sahril bin Mustafa dari Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak, Puan Noradidah binti Haji Mokhtar, Pengerusi Persatuan Homestay Perak, Encik Amiruddin bin Mohd Daud dari Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Puan Zarina Jan binti Mirajab Khan selaku Presiden Persatuan Taska Perak, Encik Asmadi bin Teh yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMP) Negeri Perak, Encik Zahari bin Abd Murad selaku Timbalan Yang Dipertua PPPKMP, Haji Abd Hamid bin Abd Muthalif dari Dewan Perniagaan India Muslim serta Encik Abdul Jamaludin yang mewakili Persatuan Seramik Perak.

Fokus utama sesi ini adalah perbincangan berkenaan usaha menggabungkan semua NGO Melayu Perak yang terlibat dalam bidang keusahawanan di bawah satu naungan strategik, iaitu DPPM Perak.

Inisiatif ini merupakan langkah proaktif yang selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan suara usahawan Melayu agar lebih tersusun, berpengaruh, dan didengari.

Penggabungan ini tidak melibatkan ahli individu setiap NGO, tetapi berasaskan konsep ‘Ahli Bergabung’ di mana setiap NGO kekal bebas melaksanakan program masing-masing. Malah, DPPM Perak menawarkan keahlian percuma untuk tahun pertama serta kemudahan pejabat sebagai pusat operasi dan mesyuarat bersama, khususnya bagi NGO yang belum memiliki ruang sendiri dan kesemua NGO yang hadir menunjukkan reaksi positif terhadap cadangan ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) turut hadir dalam sesi ini dengan diwakili oleh Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Hazul Fakarudin bin Mohamed Redzuan.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak menyatakan keperluan untuk membawa usul ini ke mesyuarat dalaman masing-masing terlebih dahulu memandangkan ada di antara mereka berada di bawah organisasi peringkat kebangsaan.

DPPM Perak juga diminta untuk memperincikan tujuan dan matlamat penggabungan ini serta menyediakan saluran komunikasi khas bagi melancarkan penyampaian maklumat, seperti kumpulan WhatsApp rasmi.

Tujuan utama penggabungan ini ialah untuk menghimpunkan semua NGO Melayu Perak yang berteraskan keusahawanan di bawah satu naungan DPPM Perak agar wujud kerjasama yang lebih mantap dan berpadu.

Dengan kesatuan suara ini, diharapkan segala isu dan keperluan usahawan Melayu dapat disampaikan terus kepada pihak Kerajaan secara lebih berkesan.

Ini juga sejajar dengan pendekatan yang telah lama dilaksanakan oleh komuniti perniagaan lain seperti PCCCI yang mempunyai struktur bergabung yang kukuh.

Usaha ini turut bertujuan mewujudkan sebuah jawatankuasa bertindak seperti PEMUDAH yang akan menghimpunkan wakil-wakil industri daripada pelbagai NGO dalam satu majlis bersama.

Data dan maklumat keusahawanan juga akan dikumpulkan secara sistematik bagi menjadi rujukan dan suara yang berautoriti mewakili usahawan Melayu Perak.

PUBI menyambut baik usaha ini sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh jaringan serta memperluaskan suara komuniti usahawan di negeri Perak.

Semoga kerjasama erat ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi usahawan Melayu secara lebih inklusif dan mampan.

Insyallah.

#PUBI #PUBIPerak #GabunganNGO #NGOUsahawan