PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb April 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan TAJ Internasional College bagi membincangkan satu bentuk usahasama bagi menjayakan sebuah program menyimarahkan bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Buat julong kalinya dijangka 4 entiti yang berbeza ini akan bergabung bagi menjayakan sebuah majlis ihya ramadhan iaitu sebuah majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah serta meraikan anak-anak yatim, golongan asnaf dan tahfiz di Bandar Ipoh ini.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing

Perbincangan ini telah diketuai oleh Pengerusi PUBI Perak dan juga KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan Bendahari Kehormas Saudara Mohamad Nafis serta Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin.

Turut serta bersama perbincangan ini adalah En. Nizam Baharudin selaku Pengasas Butik Vendor No.1 di Negeri Perak dan juga YM Raja Tawfeeq selaku Pegawai Perhubungan syarikat kurier No.1 di Malaysia iaitu J&T Express Malaysia (Regional Perak).

Buat julong kalinya dijangka 4 entiti yang berbeza ini akan bergabung bagi menjayakan sebuah majlis ihya ramadhan iaitu sebuah majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah serta meraikan anak-anak yatim, golongan asnaf dan tahfiz di Bandar Ipoh ini.

Ini adalah pertama kali 4 buah entiti yang berbeza ini bergabung di bawah matlamat iaitu menganjurkan satu program amal yang akan memberi impak tersendiri kepada komuniti bersempena dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia ini.

Kumpulan PUBI sebagai sebuah entiti yang sedang meningkat naik sentiasa akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan masyarat serta memberi sumbangan tersendiri di dalam usaha mencapai objektif, misi serta visi penubuhan Kumpulan PUBI sejak 2016 yang lalu.

Alhamdulillah, sesi perbincangan telah berjalan dengan baik dan semoga usaha ini akan mendapat keberkatan serta berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Insyallah, aminn 🤲🏻

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramAmal