
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 03hb April 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Kemahiran Membuat Mee Kuning (Siri Ke-5)
Bengkel ini adalah kali ketiga yang telah dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang sangat perngalaman serta diiktiraf oleh HDRF Malaysia iaitu Mr. Kenny.
Objektif penganjuran bengkel ini sangatlah murni iaitu untuk membantu usahawan di dalam meningkatkan serta memajukan perniagaan masing-masing.
Melalui kelas ini, para peserta yang hadir telah mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi video dan YouTube.
Antara topik-topik yang telah dipelajari oleh para peserta yang hadir adalah seperti memahami format Video, Imej, Audio dan ‘Total Video Converter’ (TVC), mempelajari applikasi perisian video ‘Filmora’ dan juga teknik ‘Cropping Video’, ‘Audio Control’ & ‘Video Editing’.
Malah peserta juga telah mempelajari teknik memasukkan ‘text’ di dalam video, ‘effect video’ dan ‘props’ serta mempelajari teknik memasukkan audio ke dalam video serta teknik membuat video dengan menggunakan imej.
Akhir sekali para peserta mempelajari asas penggunaan applikasi YouTube, membuat chanel di YouTube dan teknik memuat naik video ke dalam YouTube.
Kami sangat faham kepentingan pemasaran melalui teknik video di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.
Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.
Oleh itu PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI