PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb Mei 2020 yang lalu, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi dan Pn Seri Melati Asril selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) telah dijemput untuk bersiaran sesi live di dalam sebuah sesi wawancara oleh Astro Awani dengan tajuk perbincangan ‘Peranan Persatuan Dalam Membantu PKS’.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Penyerahan Memorandum Persatuan-Persatuan Penjaja Daerah Kinta

Dalam sesi wawancara ini En. Sharul telah ditermuramah oleh pengaraca program dan telah mengupas usaha dan peranan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak membantu peniaga-peniaga mahupun usahawan yang terjejas sewaktu era Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak penyakit Covid-19.

Pn. Seri Melati selaku Ahli Jawatankuasa dan juga salah seorang pengusaha Restoran yang terkenal di bandaraya Ipoh juga turut berkongsi pandangan serta pendapat beliau di dalam sesi wawancara yang berlangsung secara live di kaca TV dan disiarkan di seluruh negara.

Ini adalah satu perhargaan dan penghormatan yang besar oleh pihak Astro Awani kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak kerana sudi menjemput wakil daripada pihak kami untuk berbicara di dalam topik yang telah diberikan.

Semoga PUBI Perak terus mengorak langkah dan menjadi persatuan yang dihormati serta disegani di bandaraya Ipoh secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak ini.

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

Pn. Seri Melati Binti Asril
Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak