fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

USTAZ EBIT LEW POHON DOA RAKYAT MALAYSIA, BERHASRAT BUKA 10 CAWANGAN ELEWS MART JUAL BARANGAN RUNCIT

KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW POHON DOA RAKYAT MALAYSIA, BERHASRAT BUKA 10 CAWANGAN ELEWS MART JUAL BARANGAN RUNCIT

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakah tidaknya , beliau yang sangat merendah diri sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik diseluruh Malaysia.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dikatakan berhasrat untuk membuka kedai menjual barangan runcit yang akan dikenali sebagai Elews Mart.

Niatnya itu dimuat naik oleh beliau didalam posting media sosialnya beberapa jam yang lalu.

KISAH KEHIDUPAN: Dalam Masa 3 Jam Ustaz Ebit Lew Bantu Untuk Dapatkan Rumah Baru Untuk Keluarga Susah

”Pohon doakan teringin nak buka 10 cawangan Elews Mart jual barang runcit. Doakan yer semoga jadi asbab kebaikan” tulisnya.

Hasratnya itu nampaknya mendapat sokongan yang sangat padu daripada seluruh rakyat Malaysia. Baru sahaja posting tersebut dimuat naik 3 jam yang lalu, ia telah meraih hampir 200,000 tanda suka dan hampir 8,000 komen yang mendoakannya.

Rata-rata berharap dan mendoakan agar hasrat dan impian Ustaz Ebit Lew tercapai.

Kami akan beri sokongan paling padu kepada ustaz;

This image has an empty alt attribute; its file name is CC526928-E68B-4A35-97E2-B34E66A67C80-300x234.jpeg
This image has an empty alt attribute; its file name is 81033F8C-39AB-4E5B-BF70-8F6AA651200A-300x220.jpeg

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA BUAT USTAZ

Sebelum ini, beliau mencari tukang jahit untuk menjahit kurta keluaran butiknya iaitu Elew Design selepas butiknya itu viral oleh netizen.

Apa-apapun kita doakan agar impian dan hasrat Ustaz Ebit Lew tercapai supaya beliau dapat terus membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber : IG Ebit Lew

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.