
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 15hb Mei 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan sebuah program amal kebajikan iaitu Program Iftar Delivery Kasih Anjuran Kumpulan Pubi Perak 2020.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Peranan Persatuan Dalam Membantu IKS – Program Bersama Astro Awani
Program ini adalah kerjasama di antara 3 buah entiti Kumpulan PUBI yang bernaung di bawah satu payung iaitu PUBI Perak (NGO), KOPUBI Perak Bhd (Koperasi) dan juga KBPUBI (Kelab Belia).
Syukur Alhamdulillah, kerana kami dapat menyerahkan sumbangan berupa juadah berbuka puasa yang disediakan oleh syarikat Adily Catering.
Ini merupakan salah sebuah usaha yang dijalankan bagi mengimarahkan bulan ramadhan ini dengan kerja-kerja kebajikan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak berserta rakan strategik yang terlibat.
Terima kasih juga kepada para penyumbang dan dermawan yang telah menghulungkan sumbangan mereka dan Alhamdulillah kami telah laksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.
Seramai 65 orang penghuni rumah anak-anak yatim dan miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di chepor perak telah menerima sumbangan juadah berbuka puasaini pada hari tersebut.
Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En. Sharul Rahman sempat untuk meluangkan masa melawat ke sekitar kawasan rumah anak-anak yatim dan miskin ini dan beramah mesra dengan mereka.
Sangat tersentuh hati apabila melihat wajah anak-anak ini. Terasa keinsafan di dalam hati dan bersyukur kita dilahirkan sempurna.
Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang terlibat di dalam menjayakan program amal tahun ini.
Semoga dipermudahkan urusan penghuni rumah anak-anak yatim dan miskin ini dan jangan lupa doakan kami dan para dermawan kami semua.
Aminn.. 😊🤲
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
Pn. Noorzalina Binti Mohd Yusuf
Bendahari Kehormat Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
KOMEN TERKINI