
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 29hb November 2022 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 yang julung kali diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom dan bersemuka.
Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan secara bersemuka telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian MAPT (KOPSYA BHD)
Seramai 337 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali ke-8 ini secara bersemuka manakala seramai 552 anggota koperasi yang berdaftar telah hadir secara di dalam talian menggunakan aplikasi zoom.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-8 ini telah berlangsung sesi pemilihan anggota lembaga yang baharu serta Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung yang baharu dan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman secara rasminya telah menjadi calon untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung KOPSYA.
Pada sesi pemilihan yang diadakankan, Datuk Seri Dr Abdul Fattah bin Abdullah selaku Pengerusi ANGKASA Bhd merangkap mantan KOPSYA Bhd telah menang besar dengan kiraan undian daripada para perwakilan sebanyak 675 undi diikuti seterusnya mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) buat kesekian kalinya.
Walaubagaimanapun, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman yang di dalam masa sama bertanding di dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung dengan nombor calonnya adalah 04, telah tewas hanya 1 undi dengan mendapat sebanyak 448 undi daripada para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-8 ini.
Walau tewas namun demikian tidak mematahkan semangat En Sharul Rahman untuk bekerja keras pada masa hadapan untuk menawan hati para perwakilan yang hadir pada sesi Mesyuarat Agung seterusnya nanti.
Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali pertama beliau menawarkan diri untuk bertanding di dalam pemilihan KOPSYA ini tetapi telah berjaya mendapat sebanyak 448 undi daripada para perwakilan.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih di atas keberanian beliau untuk menawarkan diri di dalam sesi pemilihan yang sangat sengit ini serta membuktikan bahwa KOPUBI Perak Bhd juga mampu setaraf dengan koperasi-koperasi bernama besar yang lain.
Dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-8 ini, adalah diharapkan agar KOPSYA di bawah ANGKASA yang menjalankan aktiviti kredit serta pembiayaan kepada koperasi anggota dapat terus memainkan peranan besar serta menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya di Negara kita serta mampu mengemudi gerakan koperasi di Malaysia ini.
Semoga KOPSYA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sama-sama juga kita doakan kejayaan En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd pada sesi Pemilihan yang bakal diadakan pada masa hadapan.
Insyallah.
KOMEN TERKINI